Bercinta??..boleh ke?tp saya suka….
Saya harap saya dekat dgn NYA…

Tp saya x istiqamah…
xpe…ada langkah ada la destinasi nanti….
Tp…
Tp…
Tp…
Tp…

Kenapa?
Org pandang diorg cakap ape?
Cakap la…dunia sementara.perjalanan akhirat abadi…

Org lain knape xbuat?
Xpe..Kita buat.nnt org lain pun buat…xpun diorg dah buat tp xtunjuk..sebab amalan bukan untuk di tunjuk2…
Ikhlas kat mana?…hati yg kecil tp allah yg nilai…

Ko sape?…aku pun xkenal
susah nak mengejar cinta pada yg maha ESA…
tp xmustahil…andai itu takdirNYA.

selamat berpuasa semua….bulan puasa ni hati macam seronok  sikit.mungkin sebab suasana dan keistimewaan dalam bulan ramadhan  tu sendiri .2 3 hari ni hati  rase sebak sikit…lepas sahur mcm biase la…kdg2 terlelap jugak=p…tp time2 xterlelap ni la mcm2 hal terfikir…biase la kalau dah suke duk hanyut layann perasaan mula la   episod baru  kat wordpress ni=)..nak g copy blk ayat2 kat wassap td..

” Terpikir……1 masa nnt setiap drp kita akan mati….xkira mak abah..adik beradik…tp sblm tu cuba kita pikir apa yg kita dah buat kt dunia ni….kalau pandang mak abah kita..apa kita nampak..apa yg kita boleh buat…kita pun akan mati 1 hari nnt…tp btol ke cara hidupnkita sekarang….biasanya kita akan rase bile semua tu dah xda nnt….salah silap .semua org buat salah..buat silap…tp masa kita sehari ade 24 jam saja…kalau bgn pkul 6 pg…sedar2 dah mlm .sedar2 dah nak tdo da….mcm tu la sehari2 dr kecik smp besar…manusia kalau ikutkan hidup smp usia 80 tahun…habis tu nnt mati nnt pgi mana?…mcm mana perasaan org2 tua yg dah berumur…berapa lama masa diorg ade utk sedar dan rase dunia ni bukan selama2nya? Xbyk pun ..mana arah tuju kite sebenarnya?…bile pikir bende2 mcm ni baru hati rase berserah padaNya..sbb kita xtau mana arah tuju kita…kita berdoa supaya ditunjukkan jalan yg lurus dan hidup dlm rahmat…” susahnye kalau hidup bertuhankan nafsu berpandukan akal yg terhad….. Memang sebagai manusia,hidup dalam ihsan yg maha berkuasa

Puihhh…..mati bukan bergolek sendiri…….

Belagak memijak jasad, meludah ke asal kejadian ….

Melihat tanpa mata hati, kosong tanpa isi….

Kau bukan sesiapa, jasad hidup tunggu masa…..

Sampai masa hilang segala….

Ada, tiada…. Kuasanya jua….

Berserah aku, atas hidayah mu…..jalan kebenaran dgn akal, bukanlah penentu.

Rahmat mu jua, menuju ke syurga…….

Aku jua bukan sesiapa, iman tetap tanpa diuji, pokok bergoyang luruh segalanya…..

Atas satu dari satu….

Menghina diri membenteng peribadi…..

20121108_144941

Kita selalu doa, nak itu, nak ini…doa nak muke ensem pun ade=p…mcm2…tp doa kalau tak seiring usaha kadang2 tak boleh jugak…baru2 pernah tgk satu cd ni, kakak ipar beli buku dalam tu ada dapat percuma cd. Prof tu ada selitkan cerita pengalaman dalam kehidupan dia… “trevelog haji: mengubah sempadan iman” by prof Muhd Kamil Ibrahim.

Kebetulan dlm kereta boleh play cd, kami pun buka dan dgr ramai2. Simple, ikhlas dan jujur jalan ceritanya, berkenaan seorang yg mempunyai jawatan besar dalam kerajaan, tp kurang sikit ilmu berkenaan agama islam berubah atas kesedaran diri dan keadaan sekeliling… nnt kalau ada masa try dapatkan. Haha sy pun bukan kaki membaca, kebetulan je…tp menarik utk dikongsi…
Dalam cerita Prof tu doa2 kita bila kita ikhlas dan betul2 letakkan harapan pada Allah, allah dgr dan bantu. Senang cerita daripada jahil agama prof tu dah sedar dan buat ape yg sepatutnya, dan cuba ajak org ramai ke jalan yg sepatutnya…sebab dia dpt apa yg didoakannya
Prof berdoa nak g haji, nak Berjaya dan macam2, dan dipermudahkan Allah, dan ilmunya sekarang seiring dunia & akhirat Semuanya ok berbanding kehidupannya dahulu.

Doa,…..
Kita selalu doa nak cemerlang di dunia & akhirat, nak jadi kaya, nak ada itu, ada ini…. Kdg2 terpikir, “semua yg terjadi ni adalah yg terbaik” sebab kita tak tahu pun apa yg akan jadi pada masa depan. Baru2 ni ada mak cik dari Kelantan. Menang peraduan dan jadi jutawan sekelip mata…. Satu juta sekali gus dapat…rezeki …kalau makcik ni ada anak, ramai la berebut nak jadi menantu=p….
makcik sy bujang 3=p….

kaya & miskin maknanya luas…. Sebab kaya tak dipandang dgn adanya wang ringgit, kelapangan hidup di dunia juga boleh dikatakan kaya. Org miskin, termasuklah saya…jgnlah miskin di dunia & akhirat…tak dapat kejar kekayaan di dunia, kejar kekayaan di akhirat….jalan ….lu pilihlah sendiriii….

saya sedar bila hati saya gembira, ucapan mulut jadi tak terkawal…

hanya ketawa menyenangkan jiwa…lupa akan siapa penciptanya…..

saya sedar selepas terlanggar….saya sedar lepas ada yang mungkin terguris…

tp saya sedar saya perlu ketawa,…

ketawa untuk apa, hanya lupa menjadi manfaatnya….

dunia, kadang sedar…kadang leka…

 

 

20120707_174221

 

 

apa yg pasti..ini hanya hentian sementara yang pasti akan ditangisi di alam akhir pasti….

salam,

Hari ni hati terbuka nak share something. Baru2 ni, ada aktiviti perkemahan untuk pelajar di taman rimba komanwel. Jadi sebagai seorang suami yg comel, sy temankan cik isteri untuk mengambil dan menghantar pelajar yg terlibat ke kawasan perkhemahan.

semuanya berjalan lancar, teringat pulak zaman2 sekolah dulu. Aktiviti mcm ni mmg seronok tp biasenya mak mmg dah ready dgn jawapan “tak boleh pergi”  ——- mak sy dah besar, takkan tak boleh——– mcm biase mmg nak dpt lesen mula2 mmg susah=p. pujuk mak lagi susah dari pujuk makwe rupanya………….

kalau 5 kali mintak izin nak join aktiviti mcm ni mmg sekali je la yg lepasnya. berani la melawan, syurga tu kat bwh tapak kaki ibu =P…tp kadang2 kena guna taktik gerila kalau nak pergi , lagi 5 minit nak pergi baru kemas baju & buat mcm nak pergi terus sambil mintak izin..haha…

kalau nak cerita, mmg x abis. Berbalik pada cerita nak ambil student setelah perkhemahan selesai. kami hantar pelajar ke sekolah dan salah sorg pelajar tu minta tolong

” cikgu, boleh tak hantar sy pergi hospital selayang, ayah saya masuk hospital dan sy baru tahu. handphone sy tinggal dlm khemah..ni baru tengok. ayah saya kena kanser usus, sekarang kat hospital, tp sy nak kena singgah rumah dulu”………………………..

dah lama tak rase perasaan mcm ni……aku menung kejap tgk jalan pastu baru start kereta dan jalan.

hati ni rase mcm terusik sikit, entah la…rasa budak tu baik sgt kot..ikhlas je.. nak start bersembang pun kekok sebab nak mula rase mcm serba tak kena…. tgk muka dia rase mcm…..adoi.    —-saya ada mak, saya ada ayah—–

ayah dia dah sakit tp baru tahu yg ada kanser usus, dia anak tunggal, lepas singgah rumah dia tadi, boleh disimpulkan diabukan org berada….sama mcm kehidupan kita..”sederhana”…

Belari die naik rumah tukar baju, simpan barang2…..tak sampai 5 minit pun. dah smp blk kat kereta…”cikgu mintak maaf lambat sikit”……kenapa la aku tgk budak ni suci sgt….hati kita kot, lahir sendiri je perasaan mcm ni..

Dalam 25 minit kami smp hospital, dia suruh kami berenti kat pintu depan hospital je, tp kami masuk jugak hantar sbb tgk mcm besar jugak hospital tu….

“terima kasih cikgu, mak sy kate dekat je dgn pintu utama ni”

saya tak pandai nak gambarkan perasaan waktu tu, tp sy tahu sy tak cukup kuat kalau diuji begitu…. sy doakan semoga semuanya selamat……..

salam…
ramadhan yang akan tiba ni tiba-tiba membuatkan hati berasa sayu. Mungkin ini disebabkan kali kedua menyambut ramadhan berjauhan dengan isteri tercinta. Memang lumrah kehidupan, diduga Allah atas setiap umatnya untuk menguji keimanan. saya cuma berharap agar tahun ini dipermudahkan segalanya dan dapat hidup berdua memulakan langkah menuju jalan yg lurus.

Memanglah banyak pengorbanan dari kedua-dua belah pihak untuk bertahan.Tapi pasti terselit perasaan sedih walau secalit dalam kamus hidup kami. Bukan duit yang dirisaukan tapi keselamatan dan keadaan cik Ummu hani saya=(. keras hati dan sifat berdikari dalam diri beliau banyak membantu saya meredakan ketegangan fikiran dalam ributan kerisauan. Betullah kata orang, suami isteri saling melengkapi antara satu sama lain.

Bersyukur dan berterima kasih atas nikmatNYA =).

salam Malaysia…

syukur nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semua, bila kita merasa sesuatu kepuasan dalam hidup ini mungkin itulah masa yang paling tepat utk mengucapkan syukur….tapi kadang2 perasaan tu cukup susah kita nak rasa bila di lambung keselesaan.hari ni duk mengadap depan TV.pagi2 tgk perbarisan sempena hari Malaysia.mcm mana la agaknya org dulu2 berjuang utk bebas dari cengkaman kemiskinan, penjajah, dah benda2 negatif pada masa tu..bila baca sejarah perjuangan org lamo2 ni, mcm2 terbayang…..nak makan pun suah time tu dik..sama2 kite berusaha utk menjadi cemerlang di dunia dan akhirat…….al-fatihah utk semua perjuang2 ……ya Allah kekalkan kemakmuran dan kemajuan negara kami…amin

 

salam…selamat hari isnin=p

sejak dah jadi suami org ni, mood nak cerita tu asyik pasal kawin je. keh3…

dari kecik smp besar,   setiap kali blk bercuti utk berhari raye @ hari2 biase mesti kami menuju ke pekan pahang je. jadi mak ngan abah pun tak pernah pikir utk plan tahun ni nak blk kampung sape dulu, dah rumah sebelah2=p. almaklum dapat pulak org utara, maknanya lepas ni setiap kali raya kena bincang btol2 . dulu duk gelak dga kes pelik2 gadoh sebab nak blk kg masing2. hahaha skang giliran aku la pulak nak rase semua tu, benda ni lumrah je sebenarnya yang penting cara utk bagi 2,2 pihak senang hati cewaah …raye pun lambat lg der.

malam ni aku nak g balik umah mertua di baling kedah. jadi perjalanan dianggarkan dalam 5 jam- 6 jam…mcm biase la driver aku bwk, aku tido je la. jgn laju2 yea pakcik kalau aku bgn2 kat alam lain nnt aku cekik ko . harap2 semuanya selamat.ameen

time beli tiket hari tu terbeli utk tarikh lewat sket, bukan ape igt tak dpt cuti=p tibe2 team aku baik hati bg cuti, aku trus tukar tiket. tapi akak yg jage kaunter tu kejam la, ade ke patut kne bayar rm 10 sebab tukar tiket, dah la mase tukar tu ada dalam seminggu lagi ari tarikh tukar…tak pela…puan hani punya pasai, pak long mai awal jugak la=p….

KL ujan, harap kedah pun ujan=p…..org kate kalau masih couple dulu byk dosa dah kawin ni semua yg dosa dulu tu tukar pahala woo…aku suka galakkan membe2 kawin awal , bukan ape seronok sebenarnya bile hidup dah berteman…cuma tanggungjawab tu besar sikit. dulu kalau kentut bau sorg2…ni kentut bau same2….pahamkan?

kawin baru 2 bulan, jarang jumpe………………………

semoga cikgu hani cepat bertukar, boleh bina cepat2 kehidupan baru kat sini.peace*

nak blk penang, kna tinggal family kat KL jap, sure mak aku rindu nnt=p…die bukan boleh anak sulung die ni jauh, tiket mlm ni kul 12.30 nek kat duta esok pagi leh jmp puan hani. tp mcm kejam pulak ayat tu, bukan jmp puan hani jea…family kat baling skali la…..=p

cuba jalani kehidupan ini dgn sebaik mungkin, buat apa yg hati anda inginkan!!! tp biarlah berlandaskan hukum insan….

salam….

Lama sangat rasanye tak mencoret & mengarut dalam blog ni, pertamanya syukur ke hadrat ilahi, semuanya masih dalam keadaan baik dan sejahtera. Itukan kehendak & kuasa allah yang maha esa, kalau ditakdirkan semuanya berjalan baik kita sebagai bamba yang lemah ini wajib bersyukur. Alhamdulillah sekarang ni kehidupan dah status aku pun dah naik pangkat sikit=p , pada 26/11/2010 yang lalu aku selamat diijab kabulkan dengan isteri tercinta ” UMMU HANI BTE MOHD RAZI” thanks to allah….dia insan yg diciptakan khas utk aku, dan kewajipan sbg seorang anak & abg dulu kini dah bertambah jadi suami org harap dapat dilaksanakan dgn jayanya …cewahhh =)

Majlis belah lelaki pulak 2 minggu selepas itu pada 11/12/2010…family En kamal buat 2 kenduri kali setahun, adui pening kepala mak aku. sepatutnya nak buat sekali je dgn emi dulu tapi atas beberapa sebab terpaksa dilambatkan sikit majlis utk aku…yela wife saya cikgu, mmg hujung tahun time cuti sekolah jela free….apa2 pun semua dah selamat dan berjalan lancar. terima kasih kepada teman2 (budak2 UM batch aku, senior2 & junior 4th,warga crazy futsal,rakan sekerja bank islam, family angkat aku…..ramainya semua la=p) &  saudara mara (dari pahang, terengganu, kedah hehe semua la=p) yg hadir memeriahkan majlis. doakan kebahagian kami yea=) semoga anda juga berada dalam lindungan ilahi…terima kasih kepada semua warga pulapol yang membantu kelancaran majlis =)

Mak, abah, ema, emi, mira &  akmi sedara mara, jiran2, rakan2 semua terima kasih =) semoga allah membalas jasa kalian….